Hari tu kan kami kalah main kriket..da kalah tu kalah je an kan,,..ni cg pown suroh la buat laporan macam mane boleh kalah..idea aku pown mang byk la nk cerita dlm laporan tu...berfikiran puitis dan kritis aku ni..
MENGAPA KAMI KALAH MAIN KRIKET DENGAN SEKOLAH MENENGAH JEMPOL
Menurut perkara di atas,Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Zaba telah mengalami kekalahan
Selain itu,ramai pemain leka dengan situasi sekeliling.Meraka tidak peka dengan perlawanan yg berlangsung malah ade yg cekak pinggang ketika bermain.Dalam permainan kriket,kita hendaklah peka dengan situasi perlawanan dan memberi focus yg tinggi terhadap perlawanan.Jika masing2 leka,maka mata demi mata akan dikutip pasukan lawan.Pemain2 kriket tidak mendengar arahan jurulatih.Mereka lebih suka bebas bermain daripada ditegur oleh jurulatih.Ade yg mendengar tetapi tidak melaksanakan ape yg disuruh oleh jurulatih malah mengulangi kesilapan yg ditegur.Tetapi kita tidak boleh mempersalahkan semua pemain kerana tidak mendengar arahan kerana kadang2 arahan yg diberi oleh jurulatih itu kurang jelas.Pemain ditengah padang manakala jurulatih pula diluar padang.Jarak pendengaran mereka amat jauh dan lontaran suara yg dilantunkan samar-samar.
Disamping itu,mungkin factor kekurangan tenaga ketika bermain.Para pemain kelihatan lesu apabila perlawanan bertukar kepada felding.Mereka hanya bersemangat semasa memukul dan lemaH ketika bertukar kepada felding.Pemain perlulah mendapatkan tenaga yg secukupnya sebelum perlawanan bermula.Akhir sekali,factor cuaca yg panas terik.Sinaran matahri yg terik membuatkan para pemain berasa tidak selesa dengan permainan.Ada yg berpendapat ketika hendak menyambut bola,mata mereka silau kesan daripada sinaran matahari.Cuaca yg panas juga menyebabkan mereka cepat berasa letih.
0 comments:
Post a Comment